Wednesday, May 25, 2011

Shooting..

Akhirnya semua sudah selesai..debaran sehari ku..hehehe..ni lah cerita dia..semalam tiba2 dapat call dari seseorang..from RTM..terus cuak la dengar..apsal pulak ni tiba2 orang tv call..huhu..lepas dia bagi intro,explain gitu gini..so paham laa..nak datang rumah,buat shooting untuk rancangan Apa Kata Wanita bersama Zamzurina tu..secara jujurnya..kat rumah ni amat la jarang bukak TV1..tapi pernah jugak la tengok rancangan tu..so yang nak buat tu segmen di dapur..apa ke tajuk betulnya..gitu la lebih kurang..kejap je segmen ni..so pagi ni diorang datang..2 org jek..mula2 memang berat jugak nak terima..sebab fikir,ish..malu lah..pastu fikirkan rumah yang mcm kapal pecah tu..huhu..then fikir2 lagi..orang pun dah mintak tolong kan,lagipun bukannya payah sangat..bukan kena bayar pun..so terima jek laa..

Pagi2 tu mama dah prepare barang2 semua..roti semalam pun dah buat..tapi diorang nak shoot dari awal..semua nak record,camne letak telur,tepung semua tu kan..mama pulak dah pecahkan telur+gula tu sekali..so pikir2 buat apam jek la untuk selamatkan keadaan..step by step la dia shoot..so tadi kuih yang ada cuma roti,cheese tart,apam & tiramisu..tapi tiramisu tu last2 tak masuk dalam gambar pulak kot..dah beberapa kali dok keluar masuk peti..tup2 dah lupa la nak keluarkan..pukul 11,pergi la ambil hakimi kat sekolah..diorang nak shoot jugak time tu..so,sampai ke sekolah hakimi laa..tercengang cikgu dia..mama dah bagitau gitu2 jek pagi tu..dia ingat tak serius kot..sekali hah..sampai depan pintu tu..huhu..so ajak la cikgu dia ngan mak kawan dia tu datang rumah..bleh la makan2..kuih2 banyak kan..semua dapat la bawak balik serba-sikit..sebab petang ni mama kena gentel roti tu lagi..dah uli pagi tadi kan..tart tu pun dari pagi tadi tak tenyeh lagi..letih lagi..tak masak la hari ni..lagipun memang takde menda nak masak..tunggu gi pasar malam la petang ni..


Mama tak sempat la nak snap gambar..suruh hakimi ambik,entah apa2 jek dia buat..sibuk main ngan kawan2 dia tu..gamat jugak la rumah..macam raya pulak rasanya..bukan selalu rumah ni dikunjungi tetamu..nasib baik la semalam kitorang dah arrange hall tu bagi lapang sikit..lepas ni biar camni jek laa..pagi2 tadi pun mama panjat kerusi nak pasang langsir kat pintu dapur tu..bukan apa..terang sangat,dari luar terus nampak ke dapur..kalau dulu ada sofa kat tengah2 tu cover la sikit..ni terang la dah takde apa kat tengah2 tu..terus nampak bilik air tu..settle semua tu dalam 2 jam gak laa..lepas siap,makan2 la dulu sebelum balik..oh ya..million thanks to cik Iylia..cik ke puan? sorry la tak sempat nak tanya2..huhu..



Segan jugak mula2 tu masa nak shoot..mmg dah acting habis biasa dah tu..masa interview jek mama nervous sikit..sebab soalan yang ditanya tu susah nak jawab..uishhh..susah sangat ker..huhu..yer laa..ditanya modal berapa..untung banyak mana..uishhh..susah tu nak jawab..bisnes pun kecik2 jek..mana nak kira untung rugi semua..ada hari ni,habis esok..kais pagi makan petang kata org..hehehe..okey laa..tunggu jek la nanti hari sabtu ni..jam 12pm..tv1..siaran ulangan jumaat depan..pukul berapa? dah lupa la pulak..hehehe..

2 comments:

Laili said...

wow..glamour puan chome kita ni. rancangan tu hari Sabtu ye? nak tunggu depan TV :)

Fauzieah @ Chome said...

huhuhu..malu ler pulak..mcm tak sanggup nak tgk diri sendiri..ntah hape2 jek la nnt..huhu..