Friday, October 18, 2013

Aidiladha 2013...

Sebenarnya mood raya macam dah terbantut sikit selepas dapat memo dari sekolah kimi,cuti raya haji cuma selasa jek..memang dah plan nak balik Terengganu..lepas dipikir-pikir,campur tolak semua,jadi gak la balik kampung..balik hari ahad tu..nasib baik tak jem..balik kl pulak hari rabu pagi..memang kali ni nasib baik la sebab tak tempuh jem macam tahun-tahun sudah..untuk pagi raya tu,mak dah masak macam2 la..tahun ni buat korban jugak..mama dah niat nak tempah satay untuk makan-makan..tapi petang sebelum raya tu la kitorang dah bakar..nak bakar time raya tu kang,takut terkulat-kulat pulak..dah benda tak banyak mana..banyak tak banyak la,dah 400 cucuk tu..bukan nak makan sangat pun..saje buat suka-suka..masa raya puasa hari tu,tak sempat nak buat camni..


Ni anak buah yang jinak-jinak merpati..athirah ni mesti kena ada umpan,baru la boleh dekat..haiyyaa...balik tu,ingatkan dah boleh tengok la anak buah baru..rupanya belum mahu munculkan diri..lambat lagi la baru dapat jumpa agaknya..



Seronok kimi main kali nih..dapat plak basikal si Zahirah tu,tumpang main sekali la..dia cakap nak praktis dulu,nanti boleh papa belikan dia basikal bila dah pindah nanti..


Petang tu bakar-bakar satay sambil tunggu lembu sampai..ada 3 ekor jek tahun..ni semua tokki kimi yang organize..buat sikit-sikit okey lagi laa..banyak-banyak kang takde orang yang nak melapah,potong daging plak kang..ini pun tengahari gak baru settle semua..


Ni jek la gambar raya kami..memang tak sempat nak snap-snap gambar sangat..cuaca pulak memang sangat terik hari tu..berpeluh-peluh semua..




Ni lembu kedua yg kena sembelih..yang ni jek snap gambar masa sembelih..lepas tu dah tak sanggup nak tengok..hakimi terus menciput lari lepas dah tengok lembu pertama yang kena sembelih tu..takut katanya..walhal tiap2 tahun pun dia tengok..


Part nak potong2 daging ngan agih2 tu yg lambat sikit..tapi tahun ni pun kira okey la sebab ramai yang menolong..insyaallah tahun depan kalau ada rezeki,mama pun nak masuk bahagian jugak..errr..celah mana nak cari duit ntah..kena mintak boss up gaji sikit la kot..huhuhuhu...



No comments: