Monday, August 20, 2012

Aidilfitri 1433 H


Selamat menyambut hari raya diucapkan kepada semua umat islam..
Seperti biasa,kami sambut raya di kuantan dulu..
Tahun ni hari raya kedua baru kami akan pulang ke terengganu pulak..
Maybe khamis akan balik kuantan balik..sebab papa ada kerja kat kuantan hari jumaat tu..
Biasa jek la sambutan raya kat sini,sebab tak banyak rumah yang nak dikunjungi..
Sedara pun tak ramai kat sini..kalau kat terengganu tu,banyak berjalan sikit laa..
Menu hari raya macam biasa jugak,mesti mil akan masak nasik minyak lauk kurma ayam,sambal sotong..rendang cik jah of course la wajib ada..makan ngan nasi himpit jek..
Kuih raya jangan cerita laa..memang penuh la..sebelum raya lagi kami dah kerjakan kuih2 raya dan jugak rendang tu..satay pun mesti ada..baru raya pertama dah habis licin..
Fil kena order lain pulak..selitkan order jugak laa..boleh bawa balik terengganu esok..

Dan macam jadi satu kemestian pulak bila raya,mesti nak melawat klinik Ananda tu..
Papa semput..hakimi pun sama jugak..semalam tidur,dua2 macam sesak nafas..
Sebenarnya memang kalau tidur kat bilik sini,akan jadi camtu..nak pulak time balik raya ni,beberapa hari kat sini,lama la kan. ltu yang mudah kena tu..sedangkan kalau balik weekend jek pun,papa dah mengadu macam sesak kat dada..
Tak boleh nak kata sebab tidur dalam aircond..sebab kat rumah pun tidur econ gak,takde kena camtu pulak..ni pun kadang2 dengan mama pun rasa sesak nafas..
Dulu papa cakap,sebelum kawen,duduk bilik sama jugak..takde pulak kena camtu..
Macam lemas sikit bilik tu..agaknya hama yang terkumpul bertahun-tahun kot..barang2 pulak makin banyak..kat rumah plak banyak pakai karpet..pengudaraan tu tak bagus la kot..
Semua jadi penyumbang la tu..tapi nak buat camne lagi..doktor tu pun siap cakap..ehh..bukan tahun lepas pun time2 raya ni jugak datang sebab semput..haa..memang pun..raya pertama ni laa..sebab esoknya balik ke terengganu,okey jek..huhu..

Layan gambar di pagi raya ni jek laa..ini pun yang snap guna new handphone..wahh..highlight tu 'new phone'..kikiki..yg dalam kamera tak upload lagi..sebenarnya papa nak buat surprise hari raya tu..tak sempat,dah kantoi..mama bukak beg laptop papa sebab nak cari charger ipad..tup2 ternampak ada casing android..tarik keluar,tergolek plak kotak handphone tu..maka kantoi laa..memang 3-4 hari lepas pun instinct ni kuat jek..rasa papa dah beli handphone kat mama..sebab hari rabu ke khamis lepas papa balik lewat..elok plak gaji plus bonus dah masuk time tu..tapi mama malas nak sibuk2 buat spot check..dah rasa tu,kalau betul,ada laa..sekali memang betul..huhu..tapi bukan la mcm yg mama nak..lebih kurang jek laa..terkial-kial gak nak pakai sebab takde keypad kan..nanti hujung tahun papa cakap nak beli lain..tgk la kalau mama dah serasi ngan handphone ni,tak nak tukar dah..beli kat papa jek laa..dah la kuat makan bateri..sehari koman2 2 kali nak kena charge..adehh..










No comments: