Hari ni dah rasmikan new toy yang beli semalam..pagi tadi buat roti kaya bakar utk si anakanda..petang ni baru buat waffle..guna tepung premix pancake jek..malas la nak godek2 kacau tepung..kang banyak lebih pulak..ni nak test jek kan..kebetulan ada ramai2 tadi,yana & the gang..terus habis jam tu gak..hakimi tiba2 buat hal tak nak makan pulak..hiii..ni yang nak jadik hot mama nih..dah la hari ni tiba2 tak nak makan nasik..excited sangat tunggu tokki dia sampai tak nak makan..huhu..
Buat jugak roti sikit..cadang kot2 la malam kang ada yang lapar..tak pun boleh buat breakfast esok..takut tak sempat tuan rumah nak gi beli makanan..huhu..biasa lah,orang dah biasa brekpes awal2..tak mcm kitorg ni..dah nak tengahari baru nak gi brekpes..tapi kalau balik kampung,pandai pulak pagi2 dah gi cari makan..huhu..
Hidangan untuk hari ni..masak kerang rebus,sambal kicap,sup ayam,ikan goreng,budu dan salad..nak masak lebih lagi mula2 tu,tapi tak sure la yana nak datang dengan kawan dia ke,sorang2 jek ke..masak nasik memang dah banyak..diorang sampai2 jek,terus makan..kawan2 dia tu singgah hantar dia jek..diorang bertiga terus balik ke ganu la lepas makan..siap gorengkan nugget untuk bekal..bukan apa..kat freezer tu penuh barang dah..nanti nak masuk keropok lekor lagi..tu yg nak kena kurang2kan sikit tu..haha...
Seronok la hakimi 2-3 hari ni ramai orang kat rumah..siap tadi pukul 3 lebih tiba2 bawak turun baju tido,cakap nak mandi dah..nanti tokki datang..pok im datang..malu la nak mandi..hadoii laa..malu la konon..yang asyik terkucil dalam seluar tu tak malu..huhu..nak raya ke mana pun tak tahu laa..ikutkan mama boleh jek nak jalan2..tapi dah tau sangat,nanti ayah tu bukan boleh keluar lama2..takkan nak keluar sejam,pastu dah balik..nak2 kalau ke kl..dah nak pergi pun sejam..balik sejam..tu la dulu bawak gi shopping pun puas dia bebel..kalu mak suka ajer berjalan sehari suntuk pun takpe..huhu..tu yg ingat dok kat rumah jek la esok..dah beli barang2,nak masak untuk esok..hari raya nanti,masak je untuk pagi tu..then boleh la nak gi mana2..takde buat kuih raya pun..just beli kacang2,kopok2 biasa tu jek..masuk dalam tabung kuih raya..hahah..biasa yang camni lagi laku dari biskut2 raya..then semalam tu ada lebih cheesetart orang order tu..haa..boleh la hidang..kot2 la ada orang datang..sape la nak datang tu agaknya..huhu..
No comments:
Post a Comment