Tuesday, October 11, 2011

Sesi berangan..

Masa weekend baru ni mama tengok ada banner rumah baru nak buat..so cakap kat papa..banner tu gantung kat deret kedai2 yang tengah buat tu jugak..projek sunshine tu..so tadi papa call tanya kat mana..then petang tu papa balik kerja,terus keluar gi kat opis dia..dekat area belakang rumah ni jugak nak buatnya..depan sekolah hakimi nanti laa..tak launch pun lagi,tapi dah separuh lebih orang booking..model rumah ni pun baru sampai hari ni laa..yang corner lot semua orang dah booking..memang patutnya tak bayar booking lagi..spec dia pun ada yang tak confirm lagi kan..tapi waiting list untuk corner lot tu jek dah ramai sangat..siap ada yang dah bayar booking 10k..punya la berebut nak corner lot tu..paling murah corner lot tu pun dah 300k++..yang mahal sekali,400k++ tu laa..katanya YB kat sini beli..entah,tak kenal la pulak..so sape cepat,dia dapat laa..then kami pun register nama jugak laa..tinggal yang intermediate jek laa..itu pun dah 268k++...saje la cuba2 nasib kan..launching katanya dalam bulan depan,tak pun disember nanti..tunggu projek yg kedai kat depan tu siap dulu laa..sebab kontraktor yang sama jugak yg buat..estimate dalam setahun lebih gak laa..selalunya projek sunshine nih siap cepat dari tarikh dia..boss besar projek ni pun duduk kat club golf sini..kiranya mmg nak bangunkan kawasan sini laa..


Kita bleh register nama jek la dulu..diorang pun tak sangka la sambutan begitu hangat sekali..ada tu untuk satu unit aje,dah berderet orang register..kami pilih yang masih kosong laa..mama pilih betul2 dekat dengan sekolah tu..siap berangan dah,gi hantar kimi gi sekolah nanti,jalan kaki jek..kira2 200-300 meter jek laa..hahaha..poyo betul..siap berangan macam2 dah..takpe..kita layan jek ehh..mana tau angan2 jadi kenyataan..huhu..design rumah biasa2 jek laa..lebih kurang rumah sekarang ni jek..tapi yg pasti diorang cakap semua tiles laa..size pun 22'x70'..besar sikit dari rumah ni..atas pun ada hall jugak..ada 4 bedroom,4 bathroom..tiap2 bilik ada bilik air masing2 laa..haaa..masak la nak mencuci bilik air nanti..huhu..

 


Bahagian belakang dah extend habis..kiranya bleh tambah sikit,buat wet kitchen laa..tak payah nak pikir2 nak bercucuk-tanam ke apa dah kat belakang tu..huhu..siap kami dah angan2..kalau dapat rumah ni laa..belakang kat dapur tu memang tutup habis..extend dapur laa..tingkat atas dekat master bedroom tu extend sikit,nak jemur kain kat atas jek laa..sbb bumbung dekat balkoni tu memang dah konkrit habis..so bleh jek nak naik dinding ke apa kat situ..setakat tu jek la kot kalau tambah pun..lebih2 no money pulak kan..haha..


Tapak projek pun tak naik apa2 lagi..nampak pagar batu sebelah kanan tu? haa..yang tu la sekolah bkt beruntung 2..bakal sekolah hakimi 2013 nanti..sebelah kiri tu la tapak projek rumah ni..kalau ikut dari plan tu kan..kami dah usha dah rumah kami pilih tu betul2 la depan sekolah tu nanti..rumah ketiga dari hujung..2 rumah hujung tu akan jadi rumah contoh..so deret tu akan siap dulu laa..hahaha..sampai gitu sekali dah berangan nih..kalau betul2 la dapat kat sini,mama dah suka dah..dekat jek sekolah..tak yah nak pening2 kepala dah..yang penting,kalau pindah kat lain pun,rasanya bleh jual lagi rumah ni..sebab rumah baru,memang orang nak laa..orang yang beli2 tu pun macam nak buat investment jek..yer la,dah kalau orang dalam jek yang beli..tengok la nanti,naik je rumah ni,mesti ada la yang nak jual..so,kena start kumpul duit laa..kang nanti nak bayar deposit,ternganga-nganga pulak..nampak gaya macam nak jadi orang bukit beruntung jugak laa..huhu..

No comments: