Sabtu lepas,keluar awal pagi ke ampang puteri lagi laa..papa kena buat follow up dengan doktor dia..kali ni dapat nombor 17..paling awal la yg pernah dapat setakat ni..tapi doktor pulak lambat datang..jadinya serupa jek laa..kena tunggu lama jugak..settle semua pukul 12 lebih..hari tu dah janji ngan yana,nak hantar bekalan makanan kat dia..yer laa..dah sms s.o.s dah tu..tengah kopak la tu..so beli la stok2 makanan..hampir penuh jugak bonet kereta tu..tapi tak boleh terus ke shah alam..sebab pukul 5 baru dia balik..so ke midvalley..
Minggu lepas ada pameran dekat midvalley..Mapex dan auto show..saje la pergi tengok..kot2 ada yang berkenan kan..yang berkenan tu memang ada..tapi harga tak kenan langsung..hahaha..
Dah puas pusing tu,pergi ke sebelah pulak tengok kereta..cuci-cuci mata..paling seronok budak hakimi laa..dia memang suka la kalau bawak ke tempat camni..hari tu mood elok jek nak bergambar..siap suruh snap gambar banyak..mama la pulak rasa penat dok jadi cameraman dia..huhu..
Lepas tu pusing2 kejap kat jusco,then pergi makan..lepas tu baru la ke shah alam..hari ahad pulak baru ke rumah pak long hakimi..atuk dan nenek datang..dah berminggu tak datang kan..so pergi la lepak sana ahad tu..petang,sebelum balik,singgah jusco la beli barang..takde pulak snap2 gambar hari tu..
No comments:
Post a Comment