Boringnya hari ni..satu apa pun tak boleh nak buat..gara2 sakit perut terlampau..terdampar kesakitan ajer la seharian ni..basuh kain tak..lipat kain pun tak..masak pun tak..huhu..sangat2 la tidak produktif hari ni..nasib baik la anakanda saya tu pandai bawa diri..hehh..pandai sungguh laa..terpekik-pekik tak habis2..tengok kamera sampai penuh gambar dia snap ntah hape2..eiii..pantang dibiarkan sorang..dah la tak gi sekolah hari ni..puas kejut tak nak bangun2..mama malas la nak kecoh2 sbb dah tak larat kan..dari pagi tadi la sakit sangat perut ni..tengahari tu macam dah tak boleh nak berdiri lagi dah..pitam jek..so baring2 laa..sambil urut2 perut sendiri..huhu..sian laa..kena la urut sendiri..tukang picit kerja pulak..biasa lah,penyakit bulan2 ni..bukan dia kira..kadang2 okey jek..kadang2 sakit terlampau pulak..sape kata lepas beranak bleh hilang senggugut? takde pun..sakit teruk jugak..kadang2 rasa lagi teruk dari zaman belum kahwin..entah laa..agaknya nak kena beranak lagi kot,baru hilang sakit..huhu..
Disebabkan hari ni takde aktiviti masak2,so takde la gambar menu2..gambar2 lain pun takde..dah flat jek sepanjang hari kan..petang tadi my sil bagitau barang yang kirim untuk anak2 dia dah sampai..ada la sikit barang untuk budak2 tu..saje je nak pos kan..tunggu balik kampung kang,lambat lagi..so ni gambar anak buah yg kecik tu dengan topi baru nya..sweet sangat,kan dengan topi merah tu..huhu..comei macam makciknya jugak laa..hahaha..(sila muntah jauh2 yer..hahaha..) rindu la sangat nak jumpa budak ni lagi..tak puas gomol2..balik lagi nanti maybe raya haji la pulak..tapi kalau raya haji,kejap jek la boleh balik..mengenangkan time raya haji ni kan,jem yang melampau-lampau tu,rasa malasnya nak balik..macam nak suruh orang kampung datang raya kat sini pulak,aci tak? hahaha..tak silap masa raya haji 2009 tu mak ayah datang raya sini kan..best jugak tu..tak tau la tahun ni ada buat korban ke tak..tahun lepas pun kami tak masuk korban..tahun ni tak tau lagi laa..harap2 ada rezeki terlebih laa..
No comments:
Post a Comment