Thursday, August 18, 2011

Tentang raya...

Got this from email...anyway dalam bentuk powerpoint..siap ada gambar rajahnya..tapi tak reti pulak macam mana nak transfer ke sini..so i copy paste mana yang boleh jek laa..nanti kita tengok la camne yer..adakah raya tahun ni akan disambut secara berasingan? Tapi rasanya la serentak juga bagi semenanjung & sabah sarawak.. :)
  
RENUNGAN
Saudara ku sekelian,
Kebiasanya jika kita raya lewat sehari dari Arab Saudi.
Maka riuh rendahlah manusia@umat Islam kerana tidak mengerti...
Ada yang kata “ Raya pun umat Islam tak boleh nak bersatu”.

Maka pada tahun ni 1432H Allah Taala jadikan fenomena tersebut berlaku di Malaysia sendiri.
Berdasarkan kepada kiraan Astronomi, perjalanan Matahari dan Bulan, hari raya di Semenanjung tak sama dengan Sabah Sarawak.
Semenanjung Malaysia akan berhari raya pada 30/8/2011 (Selasa)
Manakala di Berunai, Sabah danSarawak, Filifina dan Sulawesi akan beraya pada 31/8/2011(Rabu) TERMASUK Pulau Tioman.


KENAPA TERJADI DEMIKIAN

IJTIMAK MATAHARI, BULAN DAN BUMI BERLAKU PADA JAM 11.04 PAGI PADA 29/8/2011

MAGRIB DI ALOR SETAR PADA HARI ITU IALAH 7.27 PETANG.

DARI JAM11.04 AM HINGGA 7.27 PM, MASA YANG DIAMBIL IALAH 8 JAM 23 MINIT.

OLEH ITU ANAK BULAN WUJUD DIUFUK BARAT KETIKA MATAHARI JATUH, MAKA KEESOKAN HARINYA IALAH 1 SYAWAL(SELASA 30/8/2011)

DI KOTA KINABALU SABAH
IJTIMAK MATAHARI, BULAN DAN BUMI BERLAKU PADA JAM 11.04 PAGI PADA 29/8/2011

MAGRIB DI KOTA KINABALU PADA HARI ITU IALAH 6.23 PETANG.

DARI JAM11.04 AM HINGGA 6.23 PM, MASA YANG DIAMBIL IALAH 7 JAM 21 MINIT.

OLEH ITU ANAK BULAN BELUM WUJUD DIUFUK BARAT KETIKA MATAHARI JATUH, MAKA KEESUKAN HARINYA IALAH 30 RAMADHAN (SELASA 30/8/2011)

MAKA 1 SYAWAL JATUH PADA HARI RABU 31/8/2011



APA APA PUN TERPULANG KEPADA PIHAK BERKUASA
RAKYAT AKAN CELIK ILMU JIKA KITA SAMBUT 1 SYAWAL PADA HARI SELASA DI SEMENANJUNG DAN HARI RABU DI SABAH.
RAKYAT DUK TAKUK LAMA JIKA KITA RAYA PADA HARI YANG SAMA. SAMADA HARI SELASA ATAU RABU.
TETAPI SAYA YAKIN BRUNEI AKAN RAYA PADA HARI RABU 31/8/2011


SYARAK SURUH KITA TENGOK ANAK BULAN

KETIKA HENDAK BERPUASA

KETIKA HENDAK RAYA

KETIKA HENDAK MENGERJAKAN FARDHU HAJI

KETIKA HENDAK MEMBUAT KALENDAR
صوموا لرؤيته وافطروا لرؤيته فان غم عليكم فاكملوا عدة شعبان ثلاثين يوما - الحديث
Rasulullah bersabda yang bererti “ Berpuasalah kamu dengan melihat anak bulan dan berayalah dengan melihat anak bulan. Sekiranya terlindung maka genapkanlah bulan Syaaban menjadi 30 hari..

عن طلحه بن عبيدالله..ان نبي صلى الله عليه وسلم كان اذا راى هلال قال
اللهم اهله علينا بالامن والايمان والسلامة والاسلام ربي وربك الله هلال رشد وخير

Ya Allah, Kau terbitkanlah Hilal dengan keamanan, keimanan, keselamatan dan keislaman.
Tuhanku dan Tuhanmu ialah Allah, semoga dengan kedatangan Hilal menambahkan petunjuk dan kebaikan (Tarmizi)
          sumber: Haji Mohd Pauzi Tahir



2 comments:

atty's said...

besarnya kebesaran allah kan

Fauzieah @ Chome said...

itu lah..ni baru sikit dia nak tunjuk....