Friday, March 11, 2011

Tsunami Japan..

Teringat hari tu ada buat entry tajuk Tsunami Maher Zain..tapi kali ni betul2 tsunami yang berlaku..petang tadi tiba2 seluruh dunia kecoh dengan gempa bumi di Jepun diikuti dengan tsunami..takut sangat tengok video tu..terasa betapa kerdilnya diri ini..mampukah kita hadapi kalau terjadi kat malaysia ni? Amaran berjaga-jaga pun dah dikeluarkan bagi beberapa buah negara yang dijangka akan mengalami tempias jugak..termasuk la Indonesia,yang paling dekat dengan kita..disarankan jugak untuk jangan menghampiri kawasan pantai..risaunya..rumah kat kampung dah la memang kawasan pantai..harap2 tidak la berlaku perkara2 yang tak diingini tu..Ya Allah..betapa besarnya kuasa Mu..dengan sekelip mata je semua hancur..tak terucap dengan kata-kata ni apabila melihat bencana alam seperti ni..siang tadi risau jugak bila teringatkan adik ipar,iaitu adik hubby ada dekat sana jugak..kami tunggu laporan dari ahli keluarga jek laa..alhamdulillah tempat dia selamat..tumpang simpati juga pada mangsa2 bencana ni..sama2 la kita berdoa,keadaan akan pulih seperti biasa..sape2 yang tak tengok lagi bleh tengok sini..japan tsunami rata-rata laporan siarkan video yang lebih kurang sama jek..tengok la esok pulak kalau ada video terkini..

No comments: