Monday, February 21, 2011

Ponteng..

Hari ni bangun pagi,puas kejutkan budak hakimi tu..selalu senang jek..hari ni dia betul2 mengantuk..tak nak bangun..papa angkat bawak turun pun tak nak bangun jugak..sambung tido..ngantuk..ngantuk..jadinya..ponteng la pulak hari ni..hermm..tu laa..semalam tido lambat..elok nak tido,papa bukak citer spy next door tu pulak..bleh dia layan jugak..so,malam karang kena tido..paling lewat kul 10 dah tido selalunya..sejak dah sekolah ni,takde dah dia berjaga malam..kalau dulu selalunya kul 1-2 pagi tu pun besar lagik bijik mata..sama la mama pun..macam orang sekolah la jadinya..huhu..

Masa hari sabtu tu,lepas buat delivery semua,kami ke jusco AU2 laa..kebetulan atuk & nenek hakimi on the way datang ke kl..so diorang pun singgah kat jusco jugak laa..tapi masa tu mama tak sempat jumpe laa..busy shopping baju nak bawak ke rumah pak long hakimi..sebab nak tido kat sana..dah keluar rumah,baru papa cakap,gi tido sana..so hakimi terus ikut atuk dia laa..ada can la mama ngan papa dating kejap..tapi mama mana boleh lama2 kalau takde faris..rasa tak lengkap jek..huhu..

Bila dah ke sana,macam2 pulak atuk & nenek dia cerita..masa dalam kereta,dia ngaji..baca la semua2 yang dia tau tu..pastu dia cerita la pasal sekolah..then ada dia cakap,dia ada heart kat solehah..dia ckp 'kita nak kawen dengan solehah..' mula2 atuk nenek dia tak hirau sgt..ingat dia saje ada2kan cerita..bila mama cerita,mmg ada budak dlm kelas dia nama solehah..comel budak nya..putih2 jek..tu yg semua bantai gelak..yg mama terkejut sgt sbb sebelum tu takde plak dia cerita apa2..heii..pandai sgt nih..

So mama tanya la dia betul2..suruh dia cerita..mana dapat idea tu plak kan..tiba2 jek ckp pasal kawen..umur baru 5 thn..sunat pun belum..ada hati nak kawen..haha..pastu dia cerita laa..masa kat sekolah dia..solehah cakap kat dia..'kita nak kawen dengan hakimi..' hahaha..oo..patut la dia cakap camtu..rupanya budak tu ckp kat dia gitu..sbb pelik gak bila tiba2 jek dia pakai perkataan 'kita' tu..abih la semua pakat gelakkan dia semalam..atuk dia suruh ambik gambar dia ngan budak tu..nanti la ada masa mama snap gambar budak tu..hehee..haii faris..faris..ehhh..hakimi..marah plak kang panggil faris..huhu..

No comments: