Wednesday, February 09, 2011

Melayang...

Apa yang melayang? Mood mama la entah ke mana hilangnya..
melayang-layang dah rasanya beberapa hari..
dengan episod demam..muntah2..now dah cirit-birit pulak..
Faris yang demam..tapi mama yang rasa lemah jek..
sama naik la ngan papa dia..pun cirit-birit..
tak pasti la apa yang silap..makan apa ye?
sebab kalau papa kena,mesti mama pun kena..sebab kami makan menda sama jek..
pulak tu selalunya perut mama yang tak tahan..
kalau faris tu lagi la tak makan langsung..

Masuk hari ni dah 3 hari la faris tak gi sekolah..ingat esok kalau okey,boleh la pergi..
demam dah tak berapa sangat dah..cuma dia still cirit-birit lagi..
pagi tadi mama paksa jugak bagi ubat cirit tu..
papa cakap memang tak sedap sangat ubat tu..
maka bersilat bagai la mama nih..
berhempas-pulas nak suapkan ubat tu kat dia..
habis disemburnya muka mama..yang masuk dgn yang keluar sama banyak jek..
tensionnya mama kalau bab2 nak bagi makan ubat nih..

Kesian tengok dia asyik pergi toilet jek..macam air paip dah..
makan pun tak berapa nak..puas paksa..
semalam mama masak bubur..dia makan beberapa suap jek..
pastu dah keluar balik..hurmm..sedih mama..
muka pun dah cengkung..dah la memang kurus kering..hmm..

Cepat la sembuh..hari jumaat ni nak buat besday party dia kat sekolah..
harap2 dah baik la cirit-birit dia nanti..

2 comments:

attyfir said...

Semoga faris cepat sembuh ye..

Fauzieah @ Chome said...

thanks kak ty..tak daya jugak mama dia nak melayan..dia kalau sakit demam,tak meragam sgt..tp tang nak bg ubat tu seksanya laa...