Wednesday, November 10, 2010

Kisah pokok lagi..

Baru beberapa hari tinggalkan rumah..dah terasa rindu kat pokok2 ku..
ntah pape la rindu kat pokok..hahaha..
risau sebenarnya takut mati plak pokok2 tu..penat jek ku jaga selama ni..
tapi sebab sekarang kan musim hujan so takde la pokok2 tu mati kekeringan..
pagi tadi belek2 kejap..okey jek semua..sihat2 jek..hahaha..



Ni jenis pokok puding gak kan..tp nama tepat dia kurang pasti laa..
pokok ni dulu tumbuh meliar jek kat tepi2 kolam tu..
dah berapa kali jugak asal bersih semak2 kat tepi kolam tu,pokok2 ni aku buang jek.
masa tu tak rasa nak bercucuk-tanam lagi..
lama2 pastu baru datang rasa nak menanam ni..
masa aku ambik pokok ni tinggal batang dia jek satu..
mak kata cucuk jek batang tu nanti lama2 dia hidup laa..
daun dia pun dah takde masa tu..memang sadis la keadaan dia masa tu..huhu..
skang tengok laa..dah lebat..cepat besar..
rasa2 kalau aku alih ke pasu lebih besar,lagi dia cepat naik..tapi okey la kot dok dalam pasu tu..aku dah takde space nak letak pasu besar2 nih..itu pun dah semai kat pasu lain sikit..
pokok ni pun bila petang jek dia layu laa..kuncup jek..



Satu lagi pokok yang cepat membiak..nih laa..
apa nama pun aku tak tau laa..
pokok hiasan yg banyak org tanam tepi2 jalan kan..
hari tu aku npk kat RnR banyak pokok2 ni..
tak berapa sesuai la tanam dalam pasu gini..
dia cepat membiak..pastu tak muat pasu kang,dia mula la kering daun2 tu..
aku dok pikir nak letak dalam kolam jek pokok ni..
tapi banyak la pulak tanah yg kena aku pakai nanti..
pulak tu aku takut nnt dah rimbun,sedap la pulak ulat gonggok,lipan dok celah2 pokok tu..
aku dah la geli wei..tengok jek pun dah tergeliat badan aku tahan geli..



Yang ni pulak spesies sama ngan pokok lipan tu..yg bunga ros tu laa..
tapi yang ni bunga dia lain pesen sikit..daun dia pun besar sikit..
pokok ni lagi manja dari pokok2 lain tu..
air banyak sangat tak boleh..panas sangat pun tak boleh..
serba-salah..hari tu aku letak kat bawah atap..teduh laa..
punya la lama camtu gak keadaan dia..
makan bulan dah..takde perubahan..
last2 aku angkat keluar..letak kat panas sikit..
baru la nak keluar bunga..tu pun sekuntum jek..
jadi laa..sebab yang mak punya pun tak banyak gak bunga dia..
lambat sikit la nak biak pokok ni..
tengok laa..ni pun satu pasu tak penuh lagi..



Masa balik kuantan ahad lepas..sempat gak la pergi kedai Cowboy..
beli menda ni..nak cari yg besi takde..ada jenis kayu jek..
mahal gak la aku rasa..RM24.90..
tak penah pegi pun kedai ni..baru first time pergi..
syok jugak pasal macam2 ada..
dari barangan rumah,menda2 makan,menda nak gubahan2,pinggan mangkuk,alat2 berkebun semua ada..pitam kejap aku tengok macam2 ada..huhu..
tapi yang tak bestnya kedai dia bertingkat..
kena turun naik tangga la pulak..
tak kira la plak berapa tingkat..4-5 tingkat jugak kot..jenuh naik tangga tu..
nasib baik jugak laa..kalo tak habis diborongnya kat situ..hahaha..



Pikir punya pikir..last2 letak pokok ni jek laa..
eiii..serabut jek pokok aku tuh..berjurai-jurai dah..nnt patah la tuh kalo dah panjang sangat..
letak kat teduh sikit la..sbb rak ni kayu..
kang letak tgh panas kejap jek dah reput..dah kena beli lain..huhuhu...

3 comments:

Zura said...

rajin betul...huhu~~

znurul said...

comel bangku tu..

Fauzieah said...

faris dah demo duduk atas bangku tu..eii..bkn kuat sgt tuh bangku tu..letak pasu ringan2 jek boleh la kot..