Monday, September 03, 2012

Cheese punya pasal...

Hari tu masa ke Aeon Rawang, mcm biasa mesti suka masuk Daiso..dah puas membelek kat situ,singgah plak kat kedai Homes..sama mcm Daiso,kat Homes ni pun kiranya kedai RM5 la..then ternampak la hello kitty dan doraemon nih..ada satu lagi sinchan..tapi tak lawa plak..mula2 nak beli hello kitty jek..tapi papa cakap tak nak la letak hello kitty kat kereta dia..huhu..so,beli dua2 laa..baru balance..alahh..5 hengget jek..okey la tu..sebab pernah nak beli yang camni,tapi mahal sangat..sampai belas2 ringgit..ada yang sampai berpuluh pun yer jugak..ntah apa la yang mahal sangat..yang camni kecik jek,so tak menggangu sangat la dok bertenggek kat dashboard tu..ingat kereta lama dulu,ada pasu bunga yang goyang2 tu kan..kereta ni jek takde letak apa2..pernah jumpa mcm2 pesen la kartun2 ni..ada yang naik buai..ada yg main jongkang-jongkit..ada yang dok atas bowl toilet tu..mcm2 laa..cuma sebab mahal sangat,tak kuasa la nak beli..hihi..


Semalam pulak..puas kami berpusing satu kl mencari cream cheese philadelphia nih..kat bakeri semua dah takde stock..dihentikan buat sementara nih..ada internal issue kata diorang..bulan 10 nanti baru ada balik..sampai kan cream cheese tatura yang selalu tak berapa laku tu pun habis licin..puas cari kat bakeri2, jusco,carrefour,giant,tesco semua tu...langsung takde..last2 jumpa jugak kat giant melawati..itu pun macam baru letak jek..elok jek tersusun..selepas berkira-kira,beli lebih la terus..expired date pun lama lagi..tahun depan..so,angkut la 20 kotak..harga murah sikit dari tesco kat sini..kat tesco baru ni mama beli RM 12.90..kat giant semalam harganya RM12.69..sikit jek bezanya..beli 20 box,jadi RM253.80...pitam kejap mama..kopak aku dibuatnya..huhu..orang pelik jek tengok kami dok bawak cheese tu banyak2..kalau lah beli kat bakeri yang 2 kg tu,takde la sampai banyak tu kena keluar duit..apakan daya,terpaksa laa..sebab minggu ni ada order..orang nak buat open house,.order tiramisu,cheesetart,red velvet..semua yang pakai cheese haa..

Ikutkan petang ni nak balik kuantan..sebab papa ada kerja kat ktn sampai hari jumaat..dah berkemas bagai..siap barang2 nak buat kuih semua nak angkut bawak pulang..sebab nanti takut tak sempat nak buat kat rumah..tup2 pagi ni papa cakap tak jadi pergi..hadoii..penat jek kemas macam2..memang ikutkan mama berat hati nak ikut..tak jadi pun bagus laa..banyak hal2 kat rumah pun tak settle lagi..lega sikit rasanya..hehe...





No comments: