Friday, January 07, 2011

Jumaat sudah..

Akhirnya..berakhir la seminggu hari persekolahan faris..
lega hati..esok tak payah bangun awal2 sangat..huhu..
tapi rasanya nanti macam bangun awal jugak..
sebabnya malam karang mesti ngantuk awal,so kena tido awal..
esoknya bangun awal la pulak..
rasanya esok cam ada kenduri jek..



Okey..untuk hari ni cam biasa laa..lepas hantar,terus mama balik..
hari ni jumaat..kiranya hari sukan..
dalam kata lain bleh pakai t-shirt ngan tracksuit jek..
tapi celah mana nak bersukannya..padang pun basah..
kat luar pun mana ada mainan2..
diorang main dalam kelas jek laa..
tapi tetap ada belajar jugak..yang tu wajib dah..

Sampai masa balik..mama terleka sangat hadap facebook..
tengok2 dah pukul 11..alamak..
cepat2 la mama ke sekolah faris..
nasib baik tak balik lagi..tengah kemas2..
bila faris keluar jek,mama pakaikan la kasut..
tengok2 seluar dia basah..mama tanya la kena air ke..
kot2 la main air..sebab cikgu kata ada belajar ambik wuduk..
skali pastu mama terbau hancing..eh..eh..
haa..sah ler ini budak terkencing dalam seluar..adoi laa..
nak jek lepuk2 sedas dua..geram betul laa..
puas la tanya dia kencing kat mana..
dah cikgu nya kena mop la pulak pastu..huhu..

Cikgu cakap dengan faris ni lain sikit cara dia..
tak bleh buat macam budak2 lain..
sebab masa cikgu marah budak lain tu,dia plak macam takut2 jek..
terus terdiam pastu..so cikgu takut la nanti buat hal tak nak sekolah pulak..
agaknya sebab tu dia tak berani cakap nak kencing..
lagipun dia geli nak masuk toilet tu..
mama memang dah agak dah..
lepas ni mama kena belikan selipar laa..
cikgu cakap boleh nak pakai selipar dalam kelas..
tapi nanti budak2 lain mesti nak jugak..hmm..
tengok dulu laa..mama rasa beli selipar utk dia pegi bilik air jek nanti..
aduhai anak aku..banyak betul pantangnya..
bab makan pun satu hal jugak..
hari ni cikgu bagi potato wedges..siap taruk mayonis..
hoo..pantang la faris kalo ada menda2 gitu..puas la dia gigit2 tak nak kena mayo tu..
tapi tak cakap kat cikgu..dia cakap kat kawan dia..
dah kawan2 tu semua bedal..diorang cakap..ada mayo la best..hahaha..
dah cikgu terpaksa bagi yang lain pulak kat dia..
cikgu kata pasni kalo ada menda2 yang kena taruk sos ker apa..asingkan dulu..
kena tanya dia makan ke tak..hahaha..begitu special sekali haa..



Hari ni cikgu bagi buku gak untuk buat homework..
ada buku report skali laa..
cikgu komen kat situ la..camne perkembangan dia..
dari segi pergaulan okey..memang pandai berkawan laa..
pastu kena lebihkan baca2 dan tulis tu..bagi mahir tangan tu..
cikgu cakap lagi dia bab2 homework tu malas sikit..tak nak buat..
tapi yang orang punya dia pulak yang tolong buatkan..aduiii...
macam dalam kelas tadi laa.cikgu suruh buat,tak nak..
lepas tu cikgu tengok dia cakap ngan kwn sebelah,salah tu..bukan camtu..
then tolong buatkan..heh..aper daa..
selalu dalam kelas pun kalau tengok macam dia tak bagi perhatian sangat..
tapi bila tanya,boleh gak la jawab..
walau nampak dia leka tu tapi sebenarnya dia dengar jugak laa..
memang pesen gitu pun budak faris nih..
kalau kat rumah tu dengar la dia dok hafal menda2 yang dia belajar tu..
cikgu cakap dia suke bahasa cina..
semalam pun ada gak mama dengar dia dah boleh sebut beberapa perkataan tu..
tengok la nanti kalau dia berminat bleh teruskan lepas ni..
papa pun ada cakap hari tu kalau boleh,nak suruh faris ambik bahasa ketiga..

No comments: